web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasuah RM2 Juta: Keputusan Rayuan Ku Nan Diketahui Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:32AM

Ku Nan didakwa menerima RM2 juta sebagai rahsuah daripada seorang ahli perniagaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.

Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid berkata pihaknya menerima notis mengenai tarikh keputusan itu daripada mahkamah lewat petang semalam.

“Prosiding itu akan berlangsung dalam mahkamah terbuka pada 9 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp semalam.

Rayuan Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai ‘Ku Nan,’ didengar di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin pada 22 April lepas.

Pada 21 Disember tahun lepas, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.

Tengku Adnan, 70, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran