web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembelian Tambahan Kit Ujian COVID-19 Mampu Tingkat Kadar Saringan - Hasni

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 9:27PM

Hasni Mohammad (kiri) menyerahkan kit ujian antigen COVID-19 kepada Dr Aman Rabu di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, hari ini. - Gambar oleh Pejabat Menteri Besar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pembelian kit ujian Rapid Antigen (RTK-AG) dan RTK menggunakan sampel air liur diyakini mampu meningkatkan kadar saringan COVID-19 untuk penduduk Johor.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, langkah tersebut juga diharapkan dapat membantu Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melakukan lebih banyak ujian dari semasa ke semasa.

"Pembelian kit ujian ini adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan bulan lalu.

"Selain mengharapkan masyarakat mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial, saya juga berharap supaya rakyat dapat melakukan ujian saringan secara kendiri pada masa akan datang," katanya selepas menyampaikan kit ujian berkenaan kepada JKNJ di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Turut hadir pada sesi penyerahan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Hasni menarik perhatian, kerajaan negeri hari ini menerima pesanan bekalan dua jenis ujian COVID-19 itu, masing-masing sebanyak 130,000 kit ujian RTK-Ag dan 50,000 kit ujian RTK menggunakan sampel air liur.

"Pesanan ini adalah antara 200,000 kit ujian yang diumumkan kerajaan negeri menerusi PRE Ihsan COVID-19 3.0 yang diumumkan bulan lalu.

''Ini adalah bekalan yang menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi pengurusan atau memperkukuhkan pengurusan pandemik COVID-19 di negeri ini," jelasnya. - Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 21 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

4

Politik 3 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad