web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur Program Bantuan Bank Makanan Tidak Mohon Kebenaran - Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 8:04AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning di sini didapati tidak memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta untuk menganjurkan program amal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah pergi ke restoran berkenaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

“Kami berjaya mengawal pengunjung supaya mematuhi SOP terutamanya dari segi menjaga penjarakan fizikal dan kerja amal itu diteruskan oleh penganjur.

“Laporan polis telah dibuat terhadap pemilik premis restoran berkenaan.

“Justeru itu, siasatan dijalankan dan kes dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai rakaman video suasana di sekitar restoran tersebut yang menjadi tidak terkawal disebabkan kehadiran orang ramai yang datang ke situ dan dilihat melanggar SOP untuk mendapatkan bantuan bank makanan yang disediakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran