web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Kes Meningkat Di Selangor Kerana Ujian Saringan Secara Aktif

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 9:06AM

Ssebanyak 25,005 saringan telah dijalankan pada 6 Julai berbanding 19,614 pada 5 Julai dan ujian saringan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peningkatan kes harian COVID-19 di Selangor sejak kebelakangan ini adalah hasil aktiviti pengesanan dan ujian saringan secara aktif di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 25,005 saringan telah dijalankan pada 6 Julai berbanding 19,614 pada 5 Julai dan ujian saringan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Semalam Selangor catat 4,400 kes dan 4,152 pada 8 Julai. Daripada data ini, kita akan melihat aktiviti pengesanan kontak dan ujian saringan yang lebih banyak di kawasan PKPD. Memang aktiviti kesihatan awam dan ujian saringan akan ditingkatkan apabila kawasan tersebut diisytiharkan PKPD," katanya.

Dr Adham berkata demikian dalam sidang media khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengurus pandemik COVID-19 di Lembah Klang, di sini hari ini.

Beliau berkata aktiviti pengesanan dan ujian saringan perlu giat dilaksanakan di kawasan PKPD untuk mengawal serta mengekang penularan COVID-19.

Semasa ujian saringan, individu yang dikenal pasti positif akan diasingkan dan diberi rawatan mengikut kategori jangkitan manakala bagi pesakit kategori empat dan lima, iaitu mempunyai gejala radang paru-paru, memerlukan bantuan pernafasan akan dihantar ke hospital untuk rawatan rapi.

Aktiviti pengesanan ini perlu dijalankan untuk mengesan individu yang tidak bergejala supaya dapat diasingkan daripada komuniti serta mengelakkan penularan terus berlaku.

"Inkubasi virus adalah selama 14 hari tetapi varian baharu ini boleh sampai 21 hari. Jadi 14 hari itu kita akan melihat peningkatan ujian saringan dibuat untuk mengesan, mencari dan saring," katanya.

Beliau berkata usaha membendung COVID-19 bukan sahaja dilihat daripada kes harian tetapi kadar vaksinasi kerana ia mampu mengurangkan kes kemasukan ke hospital dan kematian sekali gus dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Menurut, Dr Adham KKM juga membuat keputusan untuk melaksanakan proses vaksinasi di kawasan diisytiharkan PKPD di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan selepas individu yang positif diasingkan daripada mereka yang tidak dijangkiti.

"Tempoh PKPD selama 14 hari, jadi dalam masa itu petugas akan buat saringan. Individu yang negatif akan diberi jadual untuk vaksinasi. Vaksinasi perlu diberi secepat mungkin selepas PKPD selesai," katanya menambah individu terbabit mungkin akan divaksin di kawasan masing-masing atau di pusat yang berhampiran dengan lokaliti terlibat.

Mengenai kesiapsiagaan KKM dalam pengurusan COVID-19, Dr Adham berkata usaha penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta atau daerah sedang giat dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kapasiti katil COVID-19 di hospital awam di Lembah Klang. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad