web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


69 Penduduk Pulau Gaya Larikan Diri Elak PKPD Diburu - Masidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 8:15AM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 69 penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya, dekat sini, diburu selepas melarikan diri bagi mengelak berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata usaha mengesan kesemua individu terbabit kini sedang giat dilakukan anggota Balai Polis Pulau Gaya.

“Penduduk terbabit dipercayai melarikan diri ketika pergi ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Justeru, kerajaan Sabah menggesa kepada penduduk yang melarikan diri dari kawasan PKPD di Kampung Pondo, Pulau Gaya, supaya kembali ke kampung itu dengan segera bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata kegagalan penduduk terbabit berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021.

Masidi berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada balai polis terdekat sekiranya mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk terbabit.

Kampung Pondo, Pulau Gaya, merupakan antara lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula 30 Jun hingga 13 Julai berikutan penularan kes jangkitan COVID-19 yang dikesan tinggi di kawasan tersebut.

Susulan itu, kerajaan Sabah semalam bersetuju untuk memperluaskan pelaksanaan PKPD ke seluruh perkampungan di Pulau Gaya berkuat kuasa 8 Julai ini.

Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 225 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 70,945 kes, dengan satu kluster baharu dilaporkan di Kota Kinabalu iaitu Kluster Agora Borneo dan satu kes kematian di Tawau.

Seramai 199 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah kumulatif 68,308 orang pulih, manakala 1,672 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 392 orang di hospital, PKRC Awam 1,158 orang dan 123 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara dan penjara, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad