web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MILDEF Perkenal Kereta Perisai Buatan Malaysia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 11:17AM

Gambar: Hezeri Samsuri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mildef International Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat milik bumiputera 100 peratus menghasilkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) pertama negara untuk kegunaan ketenteraan tempatan dan juga pasaran antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, kenderaan yang diberi nama MILDEF HMAV 4X4 itu menggunakan teknologi kenderaan seumpamanya yang berada di dalam pasaran terkini.

Ia dilengkapi dengan perisai bahagian bawah Tahab 2B Stanag 4569 dan perlindungan perisai badan Tahap 2B Stanag 4569 bagi melindungi penumpangnya.

Selain itu, MILDEF HMAV 4X4 ini turut dipasang dengan sistem persenjataan moden seperti pelancar grenade dan Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkan ia menembak secara 360 darjah tanpa perlu berhenti bergerak.

Untuk memastikan kadar mobiliti yang tinggi, jentera ini mempunyai enjin diesel Caterpillar dengan kadar kuasa 24hp/1tan dan jarak lega bumi yang tinggi.

Central Tyre Inflation System (CTIS) pula membenarkan tekanan udara dikurangkan agar tayar mendapat cengkaman maksimum bila berada di laluan berpasir.

CTIS juga membolehkan tayar dipam kembali selepas bocor, sekali lagi menjamin kebolehan untuk bergerak dalam kelajuan tinggi (110 kmsj) dalam pelbagai keadaan permukaan.

Nizam berkata kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk MILDEF HMAV 4X4 ini adalah sebanyak RM16 juta dan mengambil masa selama empat tahun.

Proses rekabentuk dan juga penghasilan kejuruteraan MILDEF HMAV 4X4 ini dilakukan oleh tenaga tempatan dari Mildef dan juga bantuan dari Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

"Mildef International Technologies mempunyai seramai 140 orang tenaga kerja mahir tempatan, dari bahagian kejuruteraan mekanikal, persenjataan dan juga bekas pakar ketenteraan," terang beliau.

Walaupun MILDEF HMAV 4X4 ini dibina untuk menggantikan unit kenderaan berperisai Radpanzer Condor 4x4 APC (Armoured Personnel Carrier) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah digunapakai semenjak tahun 1981:

"Namun begitu, kami tidak hanya mahu memasarkan produk kami ini ke pasaran tempatan sahaja. Syarikat kami sudah mempunyai pelanggan-pelanggan global dan produk terbaharu kami ini sudah mendapat tumpuan dari sebuah negara jiran dan juga dari negara Timur Tengah," ujar Nizam.

Nizam turut menambah bahawa kelebihan MILDEF HMAV 4X4 ini berbanding dengan kenderaan berperisai yang diimport atau yang menggunakan teknologi luar ialah kemudahan untuk penyelenggaraan, bekalan alat ganti dan kesesuaian jentera berperisai ini dengan lanskap tempatan.

"Untuk pelanggan luar negara, produk-produk Mildef dipilih kerana kebolehan kami untuk melakukan pemindahan teknologi bagi membolehkan ia diterima oleh pihak berkuasa di sana.

''Kemudahan dalam bab penyelenggaraan menjadi senjata utama kami," kata Nizam lagi.

Syarikat Mildef juga dalam proses menghasilkan kenderaan tentera kecil seperti Humvee dan juga kenderaan berperisai mobiliti tinggi 6X6. - Getaran, 12 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad