web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,000 Penduduk Pulau Redang Dijangka Terima Vaksin Julai Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 10:55AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 1,000 penduduk Pulau Redang yang layak menerima vaksin bakal disuntik melalui program Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejurus Terengganu menerima bekalan vaksin tambahan yang dijangka tiba Julai ini.

Dekan Fakulti Perubatan UniSZA Prof Dr Harmy Mohamed Yusoff berkata pihaknya kini sedang melakukan persiapan awal seperti menyiapkan senarai nama penerima vaksin dengan dibantu Pejabat Daerah Kuala Nerus.

“Bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada bila kita akan dapat vaksin tersebut. Kita difahamkan bekalan mungkin lebih banyak pada Julai nanti jadi kita harap selepas itu kita boleh adakan program di kawasan tersebut (Pulau Redang) termasuk di kawasan pedalaman yang lain.

“Lagipun kita perlu segera laksanakan vaksinasi di kawasan pulau sebelum tibanya musim tengkujuh hujung tahun ini. Kalau masuk bulan September itu sudah susah untuk pergi.

“Tambahan pula, ramai penduduk di sana terlibat dalam industri pelancongan jadi pemberian vaksin ini dapat membantu memulihkan sektor pelancongan di pulau tersebut,” katanya kepada pemberita pada program Jejak Vaksin UniSZA di Sekolah Kebangsaan Kesom di sini.

Beliau berkata proses vaksinasi terhadap penduduk di Pulau Redang itu bakal mengambil masa selama sehari atau satu setengah hari, bergantung kepada kapasiti pasukan atau bilangan sukarelawan yang terlibat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin ketika lawatannya ke Terengganu pada 17 Jun lepas berkata negeri ini akan menerima lebih 200,000 dos lagi bekalan vaksin COVID-19 mulai bulan depan.

Dalam pada itu, Dr Harmy berkata Jejak Vaksin UniSZA yang bermula semalam merupakan sebuah program ‘outreach’ yang menyasarkan penduduk di kawasan pedalaman dan bertujuan meningkatkan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Terengganu.

Katanya, dalam tempoh enam bulan bermula Jun ini, lebih 15,000 suntikan vaksin bakal diberikan kepada penduduk pedalaman melalui program tersebut.

“Sukarelawan bagi program ini terdiri daripada pakar-pakar perubatan; pensyarah kejururawatan; pensyarah farmasi; jururawat; ahli farmasi; pelajar perubatan dan sebagainya.

“Selain itu ia juga disertai sukarelawan bukan dalam bidang perubatan seperti pensyarah daripada Fakulti Informatik dan Komputeran serta kakitangan sokongan. Pasukan ini berupaya memberikan suntikan vaksin antara 300 hingga 600 orang sehari dan jumlah itu boleh dipertingkatkan berdasarkan kepada keperluan semasa,” katanya.

Dr Harmy berkata program outreach itu merupakan usahasama UniSZA dengan Kementerian Pengajian Tinggi; Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu; Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan  Inovasi; Jabatan Pendidikan Negeri Terenganu; dan kerajaan negeri Terengganu serta beberapa badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran