web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Hina Institusi Diraja, Kerajaan: Polis Cari Pemilik Akaun Facebook

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 7:57AM

Tangkap layar dari video media sosial dipercayai suspek yangmengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap Institusi Diraja dan kerajaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap Institusi Diraja dan kerajaan, yang tular di media sosial, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kenyataan itu dilihat mampu menyebabkan kegentaran awam serta menggugat keamanan negara, dan seorang lelaki yang dipercayai kini berada di Jerman, N Ganesparan, 39, sedang dicari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), JSJ mengendalikan siasatan, selepas satu rakaman video bertajuk ‘Racist in Vacine Malaysia’ dimuat naik di laman Facebook Ganesparan Nadaraja.

“Di dalam video itu seorang suspek mendakwa vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari China jenama ‘Sinovac’ diberikan kepada golongan bukan muslim manakala muslim diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama ‘Pfizer’,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Katanya klip video berdurasi lapan minit 54 saat itu telah menerima 550 respon, 247 komen, 395 perkongsian serta kira-kira 10,000 tontonan, selain turut dikesan ditularkan melalui aplikasi WhatsApp.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mungkin menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurutnya sejak tahun 2018 hingga kini, polis turut membuka 18 kertas siasatan terhadap lelaki itu di bawah Akta Hasutan 1948 sama dan kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 298A, Seksyen 500, Seksyen 504 serta Seksyen 505(b).

“Semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati pergerakan keluar terakhirnya ialah pada 2 November 2017 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan status pasportnya telah dibatalkan pada 25 November tahun lepas.

“Orang ramai diminta beri kerjasama sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Abd Jalil seterusnya menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan serta tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihan sumbernya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ada Pihak Cuba Suburkan Sentimen Benci Raja, Mahu Malaysia Jadi Republik - Aktivis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Ngepan Indu, Pempengaruh Didenda RM10,000

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad