web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hina Ngepan Indu, Pempengaruh Didenda RM10,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 8:52PM

Ryzal Ibrahim (tengah) bersama peguam bela Firdaus Morshidi (kiri) dan peguam dalam kamar, Mohd Ikmal Iqbal Baharuddin - gambar Borneo Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai menghina pakaian tradisional etnik di Sarawak, pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Miri hari ini.

Beliau yang mengaku bersalah dituduh menghina atau mempersenda pakaian tradisional etnik Iban, dikenali sebagai Ngepan Indu.

Memetik laporan Borneo Post, Ryzal yang juga pemilik saluran Duriankimchi di YouTube memuat naik hantaran berkenaan di Instagram, tiga tahun lalu.

Susulan hantaran, 27 laporan polis dibuat ke atasnya oleh penduduk Sarawak.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 223(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Ryzal boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, laporan polis pertama dibuat Agustine Geraman, 36, pada 27 Mei 2021 selepas menonton sebuah video di akaun Facebook Duriankimchi.

Pengadu mendakwa, video berkenaan menyinggung sensitiviti rakyat Sarawak, khususnya dalam kalangan etnik Iban apabila pakaian tradisional mereka, Ngepan Indu dipersendakan.

Menurut pengadu, video tersebut memaparkan tertuduh membuat ulasan yang berbentuk menghina ketika memaparkan bahagian dalam pakaian terbabit.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohd Fillanny Siji dan Ahmad Ihsan Jalalludin, manakala Ryzal diwakili peguam Firdaus Morshidi.

Ryzal membayar denda tersebut. - Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad