web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Pelaburan Tumpas, 9 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 1:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket pelaburan susulan penahanan sembilan individu dalam serbuan berasingan, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, sindiket tersebut terdiri daripada dua skim, masing-masing dikenali sebagai Skim Pelaburan Banker Capital (BKC) dan Skim Pelaburan Wow Exchange OU.

Menurut beliau, kesemua suspek berkenaan termasuk tiga wanita itu berusia antara 23 hingga 62 tahun dan ditahan Sabtu lepas dalam Operasi Nuri di sekitar Kedah, Kuala Lumpur serta Johor.

"Setakat ini, polis membuka sebanyak sembilan kertas siasatan berkaitan skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian lebih RM1.89 juta.

"Siasatan mendapati, sindiket ini menjadikan warga tempatan sebagai sasaran dan menggunakan dua modus operandi yang berbeza bagi memperdaya mangsa," katanya, semalam.

Mohd Kamaruddin memberitahu, turut dirampas dalam serbuan dan operasi itu adalah 13 telefon bimbit, 11 kad ATM, satu kad kredit, tiga komputer riba, enam alat kawalan kereta, lima kenderaan sebuah peranti, dua dompet dan satu set profil syarikat pelaburan.

"Polis turut merampas set risalah pakej pelaburan Banker Capital, naskhah majalah, salinan transaksi bank, salinan mata wang AS$, dua buku simpanan bank dan lima fail mengandungi pelbagai dokumen syarikat," katanya.

Beliau menambah, barangan lain termasuk wang tunai RM9,000, mata wang Korea Selatan berjumlah 208,000 won (RM761) , AS$26 (RM108) dan SGD644 (RM1,986).

Menurut Mohd Kamaruddin, skim BKC didapati memperdaya mangsa dengan cara mempromosikan pelaburan dengan kadar keuntungan antara 100 peratus hingga 400 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.

"Pelabur diyakinkan bahawa wang mereka akan dilaburkan oleh syarikat BKC ke dalam sektor pelaburan di dalam atau luar negara yang berpotensi menjana keuntungan tinggi.

"Beberapa pakej pelaburan ditawarkan bermula daripada pakej 'trainee' serendah AS$100 (RM414) hingga ke pakej 'capitalist' yang bernilai AS$10,000 (RM41,470)," katanya.

Jelas beliau, skim pelaburan Wow Exchange OU pula menggunakan mata wang kripto sebagai modus operandi.

“Sindiket mempromosikan platform mata wang kripto dan juga e-wallet, dikenali sebagai token WOWX yang dikatakan berdaftar dan berpusat di Singapura melalui Syarikat Wow Global Pte Ltd serta dalam proses untuk mendapatkan lesen daripada kerajaan republik itu.

“Pelabur diarahkan untuk membuat bayaran modal ke beberapa akaun bank, namun akhirnya tidak memperoleh sebarang pulangan daripada wang dilaburkan, ” katanya.

Mohd. Kamarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Pencegah Jenayah (POCA) 1959.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan jangan mudah percaya dengan promosi pelaburan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Wechat dan sebagainya," katanya. - Getaran, 22 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 minit yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar