web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid, Surau Seluruh Wilayah Persekutuan Dibenar Laksana Ibadah Korban - JAWI

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 3:50PM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan diberi kebenaran melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pengagihan daging korban perlu dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin, petugas barisan hadapan dan golongan sasar.

Menurut beliau, proses penyembelihan haiwan, melapah dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan mengikut penyelarasan JAWI, menerusi Pejabat Pentadbiran Zon.

"Selain itu, pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang selain masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dibenarkan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), JAWI dan Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya di sini hari ini.

Jelas Mohd Ajib, had kapasiti sembelihan korban adalah tidak melebihi lima ekor sehari, dengan bilangan kehadiran tidak melebihi 12 orang, termasuk petugas.

“Semua kebenaran itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi memastikan ibadah korban dapat dihayati semua pihak,” ujarnya. - Getaran, 21 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar