web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pharmaniaga Yakin Mampu Tampung Permintaan Vaksin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 8:06AM

Gambar hiasan - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd yang mampu menyediakan dua juta sebulan vaksin CoronaVac keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.

Timbalan Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata syarikat itu telah melabur sejumlah RM3 juta untuk meningkatkan kapasiti sedia ada, dan bersedia untuk menambah pelaburan jika permintaan tinggi diterima bagi vaksin CoronaVac itu.

Katanya sehubungan itu beliau berharap Pharmaniaga akan mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya April ini bagi membolehkan ia mula mengedar vaksin CoronaVac di Malaysia.

Beliau berkata Pharmaniaga telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membekalkan 14 juta dos vaksin COVID-19 dengan proses pembotolan dibuat di kilang berteknologi tingginya di Puchong, Selangor.

Bercakap dalam program wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV  malam ini, Mohamed Iqbal berkata syarikat itu juga telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada KKM.

Jumaat lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilapokan berkata 600 pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara nanti, dan beliau menjangka 210 suntikan suntikan vaksin dapat diberikan di satu-satu lokasi sehari, sekiranya semua berjalan lancar.

Sementara itu Pengarah Logistik dan Pengedaran syarikat, Abdul Malik Mohamed yang turut menjadi jemputan program berkata, dengan berbekalkan pengalaman 26 tahun, syarikat itu optimis dan bersedia dalam pengendalian pengurusan bekalan vaksin Sinovac, sebaik ia tiba di pintu antarabangsa negara seperti yang dijadualkan.

Katanya syarikat itu mempunyai kemudahan gudang utama dilengkapi dengan bilik sejuk untuk menyimpan vaksin dengan sistem aktif selain sistem sokongan lain sekiranya bekalan elektrik terputus.

"Kami juga mempunyai 'tulang belakang' yang baik dari sudut pengedaran, prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa ditambah baik, dan juga lebih 400 pekerja yang mahir mengendalikan sistem logistik, selain keberadaan gudang di lima lokasi strategik iaitu dua di Lembah Klang, satu di utara dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

"Bagi memastikan pengagihan dapat dilakukan dengan pantas dan tepat, pengangkutan kami juga dilengkapi teknologi Internet of Things (IoT), yang akan membolehkan kami menjejaki kedudukan kenderaan sepanjang masa, agar bekalan diterima tepat pada masa," katanya.

Abdul Malik berkata koordinasi antara pembekal vaksin dan pusat penerimaan vaksin atau fasiliti kesihatan, adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengelak berlaku lambakan stok dan pembaziran vaksin.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia dengan ‘roll out’ pelaksanaannya akan bermula hujung bulan ini. 

Beliau dilaporkan berkata jemaah menteri juga telah bersetuju melantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku menteri penyelaras program vaksinasi yang akan mengetuai satu pasukan petugas khas dalam urusan pelaksanaan program khusus dalam isu logistik dan penyelarasan dengan negeri serta agensi kerajaan.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad