Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


K’jaan Teliti Kelonggaran Bagi Individu Yang Lengkap Divaksinasi - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 9:00PM

Khairy berkata berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah JKJAV. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diumumkan dalam masa terdekat.

“Ia akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan yang akan dibenarkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan pada tahap peratusan ambang manakah kita dapat memberi kebebasan kepada mereka yang sudah menerima vaksin.

“Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Centers For Disease Control (and Prevention) telah keluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi. Contohnya, sekiranya ada beberapa orang yang telah lengkap vaksinasi yang ingin berjumpa di dalam satu bilik, mereka boleh buka pelitup muka mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai Pelan Pemulihan Negara - Vaksinasi Kunci Kepada Pemulihan Ekonomi, di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata individu yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut.

“Apabila profil MySejahtera anda berwarna kuning, bermakna vaksinasi anda sudah lengkap dan kita akan guna QR Code tersebut apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi itu, dan setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengulangi ingatan agar rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun mereka sudah divaksinasi dan mendapat kebebasan.

“Buat masa ini, vaksinasi bukan pengganti SOP, terutamanya di sektor-sektor yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun vaksinasi ini sangat penting untuk kita memulihkan negara tetapi dari sudut SOP kita yang sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan lain-lain mesti terus ditegaskan dan dikuat kuasa,” katanya.

Mengulas sama ada pandemik COVID-19 akan menjadi endemik berterusan yang memerlukan kepada suntikan penggalak untuk tahun-tahun akan datang, beliau berkata perkara itu masih dalam perhatian berikutan terdapat isu yang tidak diketahui melibatkan perkembangan Varian Yang Membimbangkan (VOC), sama ada ia lebih mengganas dari segi jangkitan, kemasukan ke hospital serta kadar kematian.

Katanya setakat 4 Jun lepas, pihaknya telah melaksanakan 1,076 penjujukan genom untuk mengenal pasti varian yang ada di Malaysia, dan dalam tempoh itu, sebanyak 104 kes varian beta (B.1.351) dan sembilan kes varian delta (B.1.617.2) telah dikesan di negara ini.

“Kita akan melaksanakan 3,000 penjujukan genom dalam tempoh tiga bulan lagi untuk kita meningkatkan ‘genomic surveillance’ supaya kita dapat melihat dengan jelas varian mana yang ada di Malaysia.

“Berapa lama keberkesanan vaksin bertahan. Justeru, kita akan terus melakukan ujian serologi  bagi memastikan antibodi peneutral masih ada dalam tubuh individu yang divaksinasi berbulan lepas.

“Sekiranya kita dapati ada pengurangan dari segi antibodi peneutral, kita mungkin akan putuskan untuk beri suntikan penggalak kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai individu yang sudah mendapatkan suntikan vaksin namun masih lagi menerima tarikh janji temu, Khairy berkata perkara tersebut berlaku disebabkan nama individu terbabit telah disenaraikan dalam ‘manual listing’ dan tidak didaftarkan sebagai orang yang sudah menerima vaksin dalam aplikasi MySejahtera.

Justeru, beliau mengingatkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) supaya memastikan maklumat mereka yang sudah divaksinasi dikemas kini dalam aplikasi itu.

Mengulas itu janji temu suntikan di saat akhir pula, Khairy berkata ini disebabkan nama individu terbabit diletakkan dalam senarai menunggu dan dipanggil apabila ada individu yang tidak hadir pada tarikh yang berkenaan.

“Walaupun diberi notis yang singkat, saya harap mereka yang berada dalam senarai menunggu ini dapat hadir untuk mendapatkan vaksin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 9 bulan yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

2

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

3

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

4

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

5

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

6

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 19 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak