web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Hanya Selepas Pelbagai Syarat Dipenuhi - Dr. Shamrahayu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:41PM

Dr Shamrahayu Ab Aziz - Gambar dari Facebook Shamrahayu Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat boleh diadakan selepas Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dipenuhi, dan ia mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut pakar perlembagaan.

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat antaranya menyatakan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.

“Peraturan 11 ini juga menyatakan Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri boleh mengubah tarikh persidangan itu dari semasa ke semasa, namun persoalannya adakah Peraturan 11 ini terpakai.

“Pada pandangan saya, ia masih terpakai selagi mana ia tidak dinafikan pemakaiannya oleh Ordinan Darurat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Shamrahayu berpandangan satu perbincangan secara muafakat juga perlu berlaku antara Seri Paduka dan Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis, dalam menetapkan tarikh persidangan Parlimen berkenaan.

Katanya ini kerana berdasarkan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ketua Majlis mempunyai kuasa menentukan dari semasa ke semasa tarikh untuk persidangan Dewan Rakyat.

“Permuafakatan tentang tarikh itu hendaklah juga mendapat perkenan Seri Paduka, barulah sistem kita ini nampak lunak dan boleh memberikan keserasian,” katanya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata berdasarkan krisis kesihatan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini, persidangan Parlimen turut perlu mendapat nasihat daripada KKM dan MKN sebelum ia boleh berlangsung.

“Agensi-agensi ini perlu menasihati kerajaan kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselamatan, dengan persidangan juga tidak boleh dilakukan secara normal apabila ia berlangsung,” katanya.             

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Basirun mencadangkan supaya sesi Parlimen tidak boleh berlangsung secara berterusan dalam tempoh masa lama serta diselang seli dengan proses sanitasi.

“Persidangan secara fizikal boleh diadakan selama 60 hingga 90 minit dan perlu berhenti rehat seketika bagi proses sanitasi sebelum bersambung semula,” katanya sambil menegaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dua lapis serta penjarakan fizikal mesti sentiasa diamalkan.

Tambahnya, Ahli Parlimen dan petugas juga perlu segera beredar pulang dan mengelak dari bersembang atau berkumpul di luar Dewan bagi mengelak penularan wabak COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad