web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gerakan Undi 18 Terima Kebenaran Mahkamah Paksa Kerajaan Kotakan Janji

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 4:41PM

Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Julai sebagai tarikh pengurusan kes. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gerakan Undi18 diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan usaha memaksa kerajaan mengotakan janjinya untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kebenaran itu diberikan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid hari ini dan ia bermaksud, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar merit semakan kehakiman yang dimulakan oleh 18 orang anak muda mewakili gerakan itu.

Menyambut baik keputusan tersebut, pengasas-bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, jika perjuangan ini berjaya, seramai 1.2 juta golongan muda berumur 18-20 akan diberikan kuasa mengundi.

“Ini adalah satu kemaraan yang penting dalam menuntut keadilan dan hak mengundi kepada jutaan golongan muda di Malaysia. Kami mahu kes ini diperdebatkan berdasarkan merit.

“Kami juga mahu pihak yang berkuasa untuk memberi justifikasi mengapa mereka membuat keputusan untuk menangguhkan penurunan had umur mengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Undi18 yang membabitkan pendaftaran pemilih secara automatik  dalam masa terdekat pada tahun ini.

Kenyataan Tharma turut disokong peguam, New Sin Yew dari Tetuan AmerBON.

“Ini adalah satu kes penting yang perlu dinilai dengan teliti. Kini, kerajaan perlu mengangkat sumpah dalam menjelaskan mengapa ia membuat keputusan untuk menangguhkan penurunan had umur mengundi,” kata New.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 1 Julai sebagai tarikh pengurusan kes. – Getaran, 17 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad