web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Perlu Diadakan Segera - Yang di-Pertuan Agong

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 8:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan kerajaan untuk bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai seawal mungkin.

Baginda bertitah, angka jangkitan wabak COVID-19 perlu dilandaikan dengan segera dan vaksinasi adalah satu-satunya ‘exit strategy’ bagi mengawal penularannya di negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan keperluan untuk pentadbiran kerajaan berada dalam keadaan stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif bagi menangani wabak COVID-19 dan seterusnya memulihkan ekonomi negara.

Katanya, selepas memperhalusi semua pandangan termasuk pemimpin parti politik, Jawatankuasa Bebas Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar daripada agensi kerajaan, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Ini bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat,” katanya hari ini.

Seri Paduka Baginda juga jelas beliau, amat menyedari peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu, khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.

“Ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah mempengerusikan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.

Antara Raja-Raja Melayu yang berkenan mencemar duli menghadiri Perbincangan Khas itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut mencemar duli ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Selain itu, perbincangan berkenaan juga turut dihadiri oleh ketua agensi kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali M; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus  Harun. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad