Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Tindakan Pantas Kekang Aplikasi Ada Unsur Eksploitasi Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 4:34PM

Rina Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan merancang untuk melaksanakan tindakan pencegahan yang pantas melalui platform dalam talian bagi mengekang sebarang aplikasi mahu pun permainan dalam talian atau laman web yang mempunyai unsur eksploitasi serta jenayah terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-Isu Sosial Kanak-Kanak di Media Sosial yang dipengerusikannya semalam, bagi merangka inisiatif dan tindakan membendung isu pengantunan kanak-kanak dan kandungan lucah melalui media sosial.

Turut diputuskan ialah untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran kanak-kanak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Polis Diraja Malaysia dan agensi lain dengan menghasilkan video kesedaran pencegahan jenayah terhadap kanak-kanak bagi tayangan umum, serta melaksanakan kempen atau penerangan yang lebih jelas.

“Perlunya akta perundangan dengan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan-kesalahan eksploitasi kanak-kanak terutamanya kepada pesalah-pesalah yang merupakan tokoh masyarakat yang berpengaruh,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai mesyuarat itu.

Baru-baru ini, seorang pengasas produk kosmetik bersama rakannya ditahan reman berhubung dakwaan pengantunan kanak-kanak dan kandungan lucah melibatkan dua kanak-kanak lelaki berumur 14 dan 15 tahun melalui Instagram live, dan kanak-kanak itu juga dikatakan telah diajar mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape serta bahan terlarang lain.

Kes itu sedang dalam tindakan siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Perbuatan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak, pengantunan kanak-kanak dan amang seksual bukan fizikal adalah kesalahan jenayah di bawah seksyen 11, 12 dan 15, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi RM20,000 dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.

Rina turut menyeru masyarakat supaya tidak menularkan video kanak-kanak berkenaan demi menjaga identiti kanak-kanak yang terlibat dan mengelakkan mereka menjadi mangsa buli siber.

Beliau berkata tinjauan pendapat Bulan Keluarga Kebangsaan yang dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara mendapati tahap kesedaran kawalan ibu bapa terhadap penggunaan internet anak-anak menurun daripada 62.5 peratus pada tahun 2018 kepada 53.3 peratus pada 2020.

“Ibu bapa diseru memainkan peranan penting memastikan pengawasan dan kawalan terhadap kanak-kanak terutamanya terhadap penggunaan gajet iaitu melalui ‘parenting tools’ atau aplikasi berkaitan keibubapaan dalam talian sedia ada yang boleh dipercayai dan dimuat turun menerusi Google Play dan Apple Store,” katanya.

Rina juga meminta masyarakat untuk segera membuat laporan kepada pihak PDRM ataupun Talian Kasih 15999 apabila mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes eksploitasi kanak-kanak melalui media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

JKM Kesan Ibu Kandung Bayi Perempuan 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Sasaran Nilai Rampasan RM1 Bilion Berjaya Dicapai, PDRM Komited Laksana Operasi Berkualiti 

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MKN, KPN Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Politik 10 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Semasa 3 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran