web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Seret Kucing Didakwa Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 12:47PM

Azizul Salahuddin (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing pada 3 Jun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing, 3 Jun lalu.

Tertuduh, Azizul Salahuddin, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Tertuduh didakwa secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan  yang tidak perlu kepada haiwan iaitu dengan menyeret seekor kucing di atas jalan, di Jalan Attaduri Langkap dalam daerah Hilir Perak, lebih kurang jam 6.30 petang pada 3 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail menawarkan jaminan RM8,000 sebelum Peguam S Kumaresan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon agar jumlah itu dikurangkan atas alasan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap selain masih menanggung ibu bapa.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 14 Julai depan.

Getaran pada 5 Jun lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeret kucing di atas jalan raya sambil menunggang motosikal, sehingga videonya tular di laman sosial.

Video berdurasi 35 minit yang dirakam menunjukkan kucing itu diseret oleh lelaki berkenaan dan majoriti netizen menyifatkan tindakan itu zalim serta meminta tindakan diambil terhadap lelaki terbabit.

Suspek yang berusia 45 tahun bagaimanapun menafikan tindakan itu dan memberitahu, dia tidak sedar kaki kucing berkenaan terkeluar dari sauk ketika hendak membuang haiwan berkenaan di kedai berhampiran. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad