web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ghairah Muat Naik Video Kejadian Jenayah Boleh Jejas Siasatan Polis - Pengarah JPJKK

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2026 7:48PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Polis mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab sebelum memuat naik rakaman video berkaitan kejadian jenayah atau salah laku menerusi media sosial kerana tindakan itu boleh menjejaskan siasatan selain memberi implikasi dari sudut perundangan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Noor Hisam Nordin berkata terdapat segelintir pihak yang terlalu ghairah mengejar perhatian di media sosial tanpa memahami kesan terhadap siasatan pihak berkuasa.

"Ada rakaman yang boleh dijadikan bahan membantu siasatan, namun ada juga yang akhirnya menjejaskan siasatan terutama apabila ia dimuat naik tanpa memahami implikasi undang-undang serta kesan terhadap pihak terlibat.

"Kita (polis) juga bimbang video yang dimuat naik itu boleh mengancam keselamatan individu terbabit sekiranya identiti mereka dikenal pasti pihak tertentu, terutama jika melibatkan kegiatan jenayah atau penjenayah berbahaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Diskusi Town Hall Karnival Pencegahan Jenayah Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 di Dataran Menara Condong di sini hari ini.

Justeru, Noor Hisam menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan terus maklumat atau rakaman berkaitan salah laku kepada polis bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Menyentuh mengenai program hari ini, beliau berkata ia dilaksanakan bertujuan mendekatkan polis dan masyarakat, selain menjadi medium perkongsian maklumat berkaitan isu keselamatan serta pencegahan jenayah.

Menurut Noor Hisam, sokongan masyarakat amat penting dalam membantu memelihara moral dan semangat polis, selain menyedari kekangan serta cabaran yang dihadapi anggota keselamatan ketika menjalankan tugas.

"Polis tidak mampu berada di semua tempat pada setiap masa, justeru masyarakat perlu tampil memainkan peranan membantu pihak polis terutama dalam aspek pencegahan dan penyelesaian kes jenayah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

2

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

3

Semasa 2 hari yang lalu

Pelajar Perempuan Direman 4 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Rakan Sekolah 

4

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Pelajar Perempuan Ditikam, Suspek  Lama Tak Hadir Ke Sekolah Kerana Jalani Rawatan

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

oleh Sophia Ahmad