web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Projek RMK13 Mesti Benar-Benar Beri Manfaat Kepada Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 7:36PM

Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap projek dan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mesti benar-benar memberi manfaat serta dapat dirasai oleh rakyat di lapangan.

Beliau berkata perkara itu ditegaskan ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seremban, hari ini bagi meneliti status pelaksanaan program serta projek di bawah RMK13.

Anwar berkata perbincangan mesyuarat memberi fokus kepada aspek yang dekat dengan keperluan rakyat termasuk pendidikan, tebatan banjir, infrastruktur, kesihatan serta pengukuhan sosioekonomi.

"Keutamaan kita adalah memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Perdana Menteri turut menegaskan Kerajaan MADANI akan terus menyelaras seluruh ikhtiar merentas kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaan lebih cekap serta penyampaian bantuan dan pembangunan dapat dipercepat.

Sementara itu, beliau berkata pemantauan perlu diperkukuh supaya tiada kelewatan, ketirisan atau masalah pelaksanaan yang boleh menjejaskan rakyat.

"Setiap projek mesti dipantau dengan teliti dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta amanah," katanya.

Pagi tadi, Anwar merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 bertemakan 'Menggerak Belia MADANI' sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan di sini.

Beliau kemudian menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM47.7 juta bagi pelaksanaan aktiviti dan inisiatif berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan yang diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim mewakili kerajaan negeri.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM42.3 juta diperuntukkan bagi bayaran imbuhan dan elaun imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh institusi pendidikan Islam di seluruh negara termasuk di Negeri Sembilan sebagai antara agenda penting dalam membina masyarakat MADANI yang berteraskan ilmu, akhlak dan ihsan.

Beliau berkata usaha itu penting bagi memastikan syiar Islam terus subur dan diperkasa, selain menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif buat pelajar serta tenaga pengajar.

"Insya-Allah, Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan ummah demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan sejahtera berlandaskan nilai-nilai Islam yang syumul," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad