web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Diingat Patuhi Soal Miqat, Elak Dikenakan Dam Tambahan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2026 8:20PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

МАККАН - Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya tidak memandang ringan soal pematuhan miqat ketika keluar dari Makkah menuju lokasi seperti Taif sebelum Hari Wukuf kerana kesilapan memasuki semula Tanah Haram tanpa ihram boleh menyebabkan mereka dikenakan dam tambahan.

Pakar Rujuk Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata isu itu melibatkan, terutamanya jemaah haji tamattu' yang telah selesai menunaikan umrah dan berada dalam keadaan bebas ihram sebelum ibadah haji bermula.

Beliau berkata ramai jemaah memilih untuk melakukan ziarah ke Taif sebelum operasi Masyair (fasa kemuncak ibadat haji), namun mereka perlu memahami syarat yang ditetapkan syarak apabila ingin kembali semula ke Makkah.

"Jemaah haji tamattu' yang keluar melebihi dua marhalah seperti ke Taif wajib berniat ihram semula sama ada ihram haji atau umrah di miqat apabila mahu masuk ke Makkah.

"Jika mereka melintasi miqat tanpa berniat ihram, maka mereka dikenakan dam isa'ah tertib dan taqdir, iaitu wajib menyembelih seekor kambing," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mohd Sirajuddin Siswadi Putera berkata ketetapan itu tidak memberikan kesan kepada jemaah haji ifrad dan qiran kerana mereka masih berada dalam keadaan ihram sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata Resolusi Muzakarah Kebangsaan kali ke-36 Musim Haji 1441H/2019M turut menjelaskan bahawa jemaah haji tamattu' yang pergi ke Taif sebelum Hari Wukuf perlu berniat ihram di Qarnul Manazil kerana masih mempunyai tujuan menunaikan haji ketika memasuki Makkah.

"Sekiranya mereka berniat haji di miqat, tiada dam tambahan dikenakan. Namun, jika mereka hanya berniat haji apabila tiba di Makkah sebelum bergerak ke Arafah, mereka dianggap telah melangkaui miqat tanpa ihram," katanya.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan jemaah berkenaan menanggung dua dam, iaitu dam tamattu' dan dam tambahan kerana kesalahan melanggar miqat.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan jemaah supaya sentiasa mematuhi peraturan pihak berkuasa Arab Saudi yang kini memperketat kawalan di pintu masuk Makkah bagi memastikan hanya pemegang visa haji yang dibenarkan berada di Tanah Suci sepanjang musim haji.

Beliau berkata faktor keselamatan dan kemaslahatan umum menjadi antara sebalb program ziarah melepasi kawasan miqat lazimnya tidak digalakkan sebelum selesai urusan Masyair. - BERNAMA

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad