web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Rugi Lebih RM800,000 Diperdaya ‘Phone Scam’

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2026 11:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU -,Seorang peniaga lelaki kerugian sebanyak RM882,920 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam pada Mac.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Moha Noor berkata pada 23 Mac lepas, mangsa yang berusia awal 50-an telah menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki yang menyamar sebagai wakil Etika Takaful.

Beliau berkata suspek mendakwa nama mangsa telah digunakan untuk membuat tuntutan insurans kesihatan palsu di sebuah hospital, namun dinafikan mangsa.

"Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai polis, kononnya untuk tujuan laporan secara dalam talian.

"Selain tuntutan insurans kesihatan palsu, mangsa juga kononnya didakwa terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram dan rasuah. Bagi menyelesaikan kes itu, mangsa diarah supaya membuka dua akaun bank baharu dan memindahkan semua wang simpanannya ke dalam akaun tersebut untuk tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang telah memindahkan semua wang simpanan dari akaun Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Wawasan ke dua akaun bank baharu itu.

Beliau berkata selain itu suspek juga mengarahkan mangsa supaya tidak menggunakan wang atau membuat apa-apa transaksi daripada akaun bank berkenaan sehingga tempoh siasatan selesai.

"Bagaimanapun, mangsa berasa curiga kerana selepas memindahkan kesemua wang simpanan yang ada, suspek masih mendesak agar beliau terus membuat pindahan wang ke dua akaun bank baharu itu.

"Mangsa kemudiannya bertindak membuat semakan baki dan mendapati terdapat beberapa kali pindahan wang keluar daripada dua akaun berkenaan kepada akaun tidak dikenali dari 29 Mac hingga 4 Mei lepas," katanya.

Dia yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 12.36 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad