web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Australia Meterai MOU Perkukuh Akses Pasaran, Sekuriti Makanan Susulan Gangguan Global

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2026 6:37PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Australia hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU), yang menandakan langkah penting dalam mempertingkatkan akses pasaran serta memperkukuh kerjasama sekuriti makanan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan pemeteraian MoU itu di sini hari ini, berkata perjanjian berkenaan mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memastikan bekalan makanan yang mampan di tengah-tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

"Kami juga sepakat untuk memperdalam kerjasama dalam bidang pertanian, termasuk berkongsi kepakaran dalam pengeluaran dan pengairan bagi memastikan bekalan makanan yang mampan untuk rakyat Malaysia dan Australia," kata beliau pada sidang media bersama sejurus selepas majlis memeterai perjanjian itu.

Majlis itu diadakan bersempena dengan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Australia Anthony Albanese ke Malaysia.

Sebelum menyaksikan majlis pemeteraian MoU itu, Albanese diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra.

Anwar menegaskan bahawa kepentingan perjanjian itu bukan sekadar berkaitan dasar, malah memberikan kesan langsung kepada rakyat, khususnya ketika rantaian bekalan berada di bawah tekanan dan harga makanan meningkat.

"Jangan ada pihak yang tersalah menilai betapa pentingnya apa yang kita meterai hari ini, ketika rantaian bekalan terganggu dan harga makanan terus meningkat. Perjanjian seperti ini memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat," kata beliau.

Anwar berkata perbincangan antara kedua-dua pemimpin hari ini berlangsung dalam suasana yang mencabar, apabila Selat Hormuz hampir ditutup selama tujuh minggu, sekali gus memberikan tekanan hebat kepada pasaran tenaga global dan mengganggu rantaian bekalan di seluruh dunia.

"Kesannya merentasi tujuh lautan dunia," kata beliau sambil menambah bahawa keadaan itu memerlukan usaha untuk terus memperkukuh perkongsian strategik.

Meskipun berdepan cabaran, Anwar menyifatkan hubungan dengan Australia sebagai konstruktif dan berteraskan kepercayaan bersama.

"Saya amat berterima kasih kerana perkongsian pandangan ini sangat terbuka dan mesra, sebagai rakan baik ... bukan sahaja dari segi hubungan dua hala, tetapi berasaskan kepercayaan," kata beliau.

Beliau berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Australia bagi memperkukuh daya tahan dalam rantaian bekalan makanan dan tenaga, selain menjaga kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Australia ialah rakan ekonomi penting bagi Malaysia, berada di kedudukan ke-12 sebagai rakan dagang terbesar negara pada 2025, dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM78.63 bilion (USD18.38 bilion). 

Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan mereka kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2021, bagi mengembangkan lagi kerjasama merentasi tiga tonggak utama: kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi, serta pertahanan dan keselamatan serantau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad