web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rogol Anak Tiri, Lelaki Dipenjara 30 Tahun, 18 Sebatan 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2026 6:26PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seorang lelaki dihukum penjara 30 tahun dengan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak perempuan tirinya yang berusia 13 tahun.

Hakim Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas enam pertuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi setiap dua pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 6 April 2026.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya itu di sebuah rumah di Tanah Merah, antara 12 tengah malam sehingga 4 pagi, pada 31 Mac, 12 November dan 5 Disember 2025.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama di lokasi serupa pada 1 pagi 27, 28 dan 30 Mac 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dan berat kepada tertuduh kerana kesalahan itu meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad