web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Campur Tangan Politik Dalam Prosiding Kebankrapan Najib - LHDN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 9:58PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad berkata LHDN melayan kes Najib sama seperti kes pembayar cukai lain dan adalah menjadi tanggungjawab agensi itu untuk mengutip cukai daripada pembayar.

“Tiada campur tangan politik. Kami menanti sejak Julai 2020 untuk Najib datang dan berbincang mengenai kaedah pembayaran selepas penghakiman terus dikeluarkan namun beliau tidak berbuat demikian.

“Rakyat akan mempertikai mengapa kami tidak melaksanakan perintah itu,” katanya sambil menambah LHDN perlu melaksanakan perintah itu selepas ia dikeluarkan oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian semasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache menerusi aplikasi Zoom pada pendengaran permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung pembayaran cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula berhujah Najib akan kehilangan segalanya jika notis kebankrapan yang difailkan terhadap beliau dibenarkan.

“Beliau akan kehilangan pencen, kedudukan dalam politik dan hartanya juga mungkin dilelong,” katanya sambil menambah Najib akan hilang semua yang dibinanya sejak 1976.

Muhammad Shafee juga berkata mereka telah cuba berunding dengan LHDN berhubung pembayaran RM1.69 bilion namun rundingan itu telah dihentikan dan LHDN meneruskan tindakan dengan memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib.

Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk memutuskan permohonan itu menerusi e-mel.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun untuk mendengar rayuannya.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Pada 4 Februari lepas, kerajaan melalui LHDN telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib atas kegagalan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lepas.

Menurut notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan kadar faedah lima peratus setahun bermula 22 Julai 2020 (tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 yang berjumlah RM1,738,804,204.16. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad