web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi 4 Bulan Maut: 2 Pekerja Pusat Asuhan Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2026 4:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Dua pekerja pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang ditahan susulan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata perintah reman terhadap dua wanita berusia 22 tahun sehingga 16 Mac dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan HSJ pada 6.10 pagi semalam, memaklumkan seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia pada 4.20 pagi selepas dibawa ke hospital oleh pengasuh sebuah taska.

"Susulan maklumat itu, polis telah menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

"Hasil siasatan awal, polis menahan dua wanita tempatan yang merupakan pekerja di pusat asuhan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Helmi berkata bedah siasat telah dijalankan namun punca kematian masih belum dapat dipastikan dan diklasifikasikan sebagai masih dalam siasatan sementara menunggu keputusan ujian serta siasatan lanjut.

Semalam, polis mengesahkan kematian Hayl Haarith Mohd Syafaeez yang dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke pusat jagaan itu kerana ibunya, seorang jururawat bertugas syif malam.

Difahamkan doktor telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa selama kira-kira sejam.

Pusat jagaan itu beroperasi 24 jam seharivdan dipantau penyelia serta dilengkapi CCTV. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar