web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Вара Didakwa Rogol, Liwat Anak Perempuan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2026 5:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan termasuk melakukan liwat, amang seksual dan rogol terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun pada Januari dan Februari lepas.

Lelaki yang berumur 43 tahun itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Bagi empat pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dengan cara yang membawa maksud seksual.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa atas empat lagi pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan melakukan perbuatan seksual di hadapan mangsa.

Kesalahan didakwa dilakukan di bawah Seksyen 15 (c) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda hingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa, lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Tertuduh turut didakwa atas dua pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam bentuk video terhadap mangsa mengikut Seksyen 5 AKSTK yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat hingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas kesalahan merogol mangsa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah setinggan di Kampung Kempas Baru dekat sini antara 11.35 malam, 22 Januari lepas hingga waktu pagi 17 Februari.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin dan S. Manushri tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 4 Mac untuk pendengaran fakta kes dan jatuh hukum.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, kekasih kepada tertuduh itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak sama, yang juga anak perempuannya.

Wanita berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak itu telah mendedahkan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 April ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad