web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Tembak Kereta Komander AKPS Disyaki Guna Senjata Semi Automatik

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2026 3:42PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KAYU HITAM - Polis percaya suspek yang menembak kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir di sini awal pagi tadi, menggunakan senjata api jenis semi automatik.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesahkan dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan mangsa yang sedang bergerak pada jarak kira-kira satu meter.

"Kita percaya suspek menggunakan senjata semi automatik kerana jumpa peluru telah pecah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai melibatkan dua suspek menaiki sebuah motosikal berkuasa kecil dan berpakaian serba gelap serta bertopi keledar bertutup penuh manakala mangsa memandu bersendirian.

Beliau berkata polis telah  melancarkan Ops Tutup termasuk di pintu masuk sempadan negara di Durian Burung, Padang Terap sejurus kejadian.

Adzli berkata kejadian itu sebagai cabaran dalam melaksanakan tugas kepada bukan sahaja AKPS, malah semua agensi penguatkuasaan.

"Saya menyeru semua (penguat kuasa) sentiasa waspada. Keselamatan menjadi keutamaan dalam menjalankan tugas," katanya.

Terdahulu, kereta Proton X70 dipandu Mohd Nasaruddin ditembak pada 5.40 pagi tadi di susur masuk Masjid Muhajirin di sini, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Mohd Nasaruddin yang dalam perjalanan menunaikan solat subuh dilaporkan terselamat dalam kejadian itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad