web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Subkontraktor Lelaki Ditemukan Terapung

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2026 10:49AM

Gambar IPD Pontian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU 1 Seorang subkontraktor lelaki yang terjatuh dari bot ketika keluar memancing bersama dengan anak angkatnya di Jeti Bumbung Biru, Tanjung Ayer Hitam dekat Kayu Ara Pasong, Pontian pagi semalam, ditemukan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Mion Hussein berkata mayat Tan Siang Fook, 55, ditemukan terapung di permukaan air di sebelah tebing kiri menghala ke Pontian Besar, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, pada kira-kira 10.30 malam.

"Mayat mangsa itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan, Mohamad Azwan Abdul Aziz, yang turut membantu operasi mencari bersama rakan-rakannya dengan menaiki bot bermula sekitar 9.30 malam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Ayer Hitam dan pemeriksaan lanjut mendapati kad pengenalan dirinya dijumpai di dalam beg pinggang yang dipakai.

Hazrat Mion berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Pontian untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan Polis Diraja Malaysia dari IPD Pontian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Kementerian Kesihatan dengan kehadiran penduduk kampung di sekitar kawasan jeti.

Semalam, Hadzrat Mion memaklumkan bahawa Tan dipercayai lemas ketika keluar memancing bersama dengan anak angkatnya, Chong Hao Chen, 9, dan ketika kejadian, mangsa menaiki sebuah bot berenjin 20 kuasa kuda yang disewa sekitar 8 pagi.

Beliau berkata bot itu dipercayai melanggar sebatang kayu yang melintang di laluan air sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai, kira-kira 800 meter dari jeti.

Katanya anak angkat mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bot serta menyaksikan kejadian itu, dan semasa insiden berlaku, kedua-duanya tidak memakai jaket keselamatan.

Terdahulu, kes itu tular di Facebook bahawa kanak-kanak itu telah ditemukan oleh orang awam di sebuah lokasi, dan warisnya sedang dicari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar