web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Putus Kaki Akibat Mercun, Polis Kesan Penjual Tidak Sah

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2026 4:40PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan penjual mercun dan bunga api yang dipercayai menjual bahan terlarang hingga mengakibatkan seorang lelaki putus kaki kiri ketika bermain mercun di hadapan rumahnya di Segamat, Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal mendapati bunga api digunakan mangsa adalah dalam kategori tidak diluluskan serta tidak tersenarai dalam 45 jenis bunga api yang dibenarkan untuk pemilikan dan pengimportan.

"Bahan berkenaan dibeli, dimiliki dan dibakar secara tidak sah pada masa kejadian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Lapor Diri Timbalan Ketua Polis Johor serta Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor di sini hari ini.

Dalam kejadian di Taman Damai Jaya, Bukit Siput itu, mangsa berusia 32 tahun kudung kaki kiri selepas bunga api jenis shoot cake 4 (D) 16 shot (premium) meletup ketika dinyalakan di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina.

Ab Rahaman berkata mangsa pada mulanya menerima rawatan di Hospital Segamat sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk rawatan lanjut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau berkata tindakan tegas termasuk pembatalan lesen akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjual mercun atau bunga api tidak tersenarai dalam kategori diluluskan.

Sementara itu pada majlis hari ini, menyaksikan DSP Hoo Chuan Huat dilantik Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu, manakala ACP Mohd Zairi Badderul@Badrol dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayan Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad