web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2026 6:58PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kerajaan tidak lagi boleh bertolak-ansur dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang tidak ditangani dengan serius.

Beliau menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada pelbagai kegiatan yang merosakkan integriti pasukan penguatkuasaan dan menjejaskan ekonomi negara.

"Saya sudah sampai ke tahap hilang kesabaran dan merasakan masih ada kelemahan dan ruang yang wajib diperbaiki. Kita nak selamatkan negara ini. Negara ini punya potensi yang sangat baik. Rakyat umumnya mengharap dan dahaga satu pembaharuan dan pembelaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Jabatan, Agensi Penguatkuasaan Yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), di sini hari ini.

Anwar berkata Malaysia memiliki kekuatan ekonomi serta sumber manusia yang baik namun kegagalan mengatasi pencerobohan, penyeludupan dan pelbagai kegiatan 'gelap' menghalang negara mencapai potensi sebenar.

"Genap tiga tahun saya mengemudi, saya merasakan ada ruang, kelompongan yang mesti diperbaiki. Kelemahan tidak boleh dibiarkan, baik dari segi pencerobohan, penyeludupan atau bertolak-ansur dengan kegiatan gelap yang masih berlaku, dan ada kalanya dengan ruang dan keizinan badan penguat kuasa," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu lagi dibuai laporan-laporan kejayaan semata-mata, sebaliknya mahu tindakan tegas terhadap masalah integriti dan aspek penguatkuasaan.

"Jangan kita ambil sikap sambil lewa, mudah memaafkan dan merasakan perkara ini boleh berlaku terus-menerus. Jadi saya menyeru rakan-rakan untuk segera bertindak mulai detik ini...masa untuk bertindak," katanya.

Anwar turut menzahirkan rasa kesal dengan kelemahan penguatkuasaan yang masih berlaku meskipun ramai pegawai telah menunjukkan khidmat cemerlang dan berjasa kepada negara.

"Mengapa saya kesal? Kerana saya tahu kalau kita nak senaraikan jumlah kebaikan dan kehebatan, banyak saudara-saudara yang cukup berjasa dalam khidmat ini (yang) tidak boleh dimungkiri dan dinafikan.

"Tetapi kenyataan juga memaksa kita merenung, memikir secara serius, apakah kita mahu menjalankan kegiatan seperti biasa, sambil lewa? Penyeludupan okay? Rasuah boleh? Kegiatan gelap boleh diterima?...kita tidak boleh lagi teruskan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad