web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seminggu Untuk Pimpinan Penguat Kuasa Putuskan Kekal Atau Tukar Jawatan - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2026 5:23PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi tempoh seminggu kepada pimpinan tertinggi pasukan penguat kuasa untuk mengesahkan kesediaan mereka memikul amanah dan tanggungjawab atau memilih untuk bertukar ke jawatan lain.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kesediaan untuk terus menggalas tanggungjawab itu boleh disampaikan kepada beliau sendiri, menteri atau ketua jabatan masing-masing.

"Jika sudah diamanahkan tetapi merasakan tanggungjawab itu sukar dilaksanakan kerana cabarannya terlalu besar, ujian berat, atau minat dan tarikan pelawaan lain terlalu kuat.

"Saya syorkan, ia dimaklumkan dalam tempoh seminggu kepada ketua jabatan, kepada saya sendiri, atau menteri. Beritahu kita belum bersedia untuk memikul amanah ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis amanat majlis amanat Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Penguat Kuasa yang berhubungan dengan jenayah kewangan di sini, hari ini. 

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Datuk Seri Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Anwar berkata individu yang tidak bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin seharusnya memberi laluan kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan mampu untuk menjalankan amanah tersebut.

"Jadi, saya harap dalam tempoh seminggu ini kita benar-benar bermuhasabah dan merenung bersama. Jika sanggup memikul amanah, mengapa perlu bertukar ke jawatan lain?

"Saya akan menghormati keputusan mereka yang memilih untuk berundur atau berpindah ke jawatan lebih rendah, namun bagi yang sudi memikul tanggungjawab lebih besar, dalam tempoh seminggu ini lakukan tugas sebaik mungkin," katanya.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI tidak akan sesekali mengizinkan sebarang aktiviti salah laku atau penyeludupan berlaku secara terang-terangan, sambil menekankan keperluan semua pihak bekerja sebagai satu pasukan dan menyelesaikan masalah secara bersama.

"Pemegang jawatan tinggi, mereka yang bergelar 'bintang-bintang gemerlapan' ini bukan calang-calang individu, telah berkhidmat puluhan tahun dan menerima pengiktirafan sekian lama. la seharusnya mendorong kita melakukan sesuatu yang benar dan bijak, bukan mengambil sikap sambil lewa," kata beliau.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Anwar berkata kenyataannya itu merupakan satu amaran keras kepada semua pihak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad