web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penghantar P-panggilan Didakwa Menyamun, Merogol Dan Menyamar Sebagai Polis

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2026 6:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang penghantar p-panggilan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan membabitkan kes rogol, samun secara berkumpulan dan menyamar sebagai anggota polis di Jalan Tapah di sini, minggu lepas.

R. Sathiyaseelan, 32, didakwa merogol seorang kerani wanita berusia 37 tahun sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa di kawasan parkir di Jalan Tapah pada kira-kira 2 pagi 18 Januari lepas mengikut Seksyen 376(2) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan ini, Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Peguam Nathiya Kamalanathan memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga dan tidak mempunyai pendapatan tinggi kerana hanya bekerja sebagai penghantar p-panggilan.

Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan kesemua syarat tambahan yang dimohon pendakwaan.

Sathiyaseelan, yang turut berdepan pertuduhan melakukan samun berkumpulan dengan rakannya M. Balaraj, 34, mengaku tidak bersalah mengambil beg tangan mangsa di lokasi dan waktu sama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nor Suhaili memohon kedua-dua tertuduh masing-masing dikenakan jaminan RM20,000 namun Nathiya merayu jumlah itu dikurangkan.

Syarifah Hascindie kemudian menetapkan jumlah jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh beserta kesemua syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

Di Mahkamah Majistret, Sathiyaseelan dan Balaraj berdepan pertuduhan menyamar sebagai anggota polis mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh namun Majistret A. Karthiyayini membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 5 Mac depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar