web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas PTD Didakwa Terima RM145,000 Hasil Aktiviti Haram

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2026 11:22AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai RM145,000.

Muhammad Hafizuddeain, 58, yang tiba pada 8.29 pagi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

"Faham pertuduhan, tidak mengaku bersalah," katanya selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.

Muhammad Hafizuddeain ialah PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Mengikut pertuduhan, bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank, di Ampang Point, Ampang antara 2 Februari 2024 hingga 19 Mei 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Semalam, Muhammad Hafizuddeain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta.

Menerusi Ops Parasit, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7 Januari lepas menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Oktober 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

Pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.

Sementara itu, pada Khamis lepas, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam, selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan.

Mohd Nasir kemudian membenarkan Muhammad Hafizuddeain menggunakan ikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin seperti yang diputuskan oleh Hakim Azura Alwi semalam.

Mohd Nasir turut membenarkan syarat tambahan seperti diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali pada minggu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan yang sama dikekalkan untuk pertuduhan, selain kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 9, Kuala Lumpur untuk dibicarakan sekali pada 30 Mac depan.

"Tarikh 30 Mac 2026 telah ditetapkan sebagai penyerahan dokumen dan memandangkan kes Mahkamah Sesyen 9 (Kuala Lumpur) ada empat pertuduhan lebih RM2.1 juta melibatkan saksi yang sama dan fakta yang hampir sama cuma beza akaun bank.

"Untuk menjimatkan masa, saya mohon kedua-dua pertuduhan ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur," katanya yang kemudian tidak dibantah oleh Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Muhammad Hafizuddeain.

Mohd Nasir kemudian menetapkan sebutan semula kes pada tarikh berkenaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran