web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Doktor Disyaki Bunuh Isteri Dan Anak Lelaki

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2026 8:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang doktor kerana disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya berusia empat tahun di kediaman mereka di Bandar Dato' Onn di sini, 31 Disember tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata suspek yang berusia 33 tahun ditahan pada 3 Januari dengan tempoh reman terhadapnya berakhir esok.

Beliau berkata mangsa yang merupakan akauntan berusia 36 tahun ditemukan dengan kesan kelar pada leher manakala anaknya dalam keadaan biru pada bahagian muka dipercayai akibat ditekup pada 8.20 pagi 31 Disember.

"Bedah siasat di Hospital Sultan Ismail mendapati punca kematian wanita itu disebabkan asphyxia related death, manakala anak lelakinya akibat smothering dipercayai berunsurkan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata polis juga merampas sebilah pisau dan satu bantal beserta sarung bagi membantu siasatan.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah," katanya.

Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok di bawah Seksyen 302, Seksyen 201 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad