web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Najib Untuk Hidupkan Semula Saman Terhadap Tommy Thomas Ditolak

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2026 1:57PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam rayuannya untuk menghidupkan semula saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Datuk Ravinthran N. Paramaguru, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, berkata panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa memandangkan kes jenayah belum bermula ketika saman tersebut difailkan, tindakan bagi salah laku dalam jawatan, penyalahgunaan proses dan kecuaian adalah jelas pramatang.

"Kami juga mendapati tort penyalahgunaan proses tidak wujud dalam undang-undang kita," kata Ravinthran yang bersidang bersama-sama Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Nadzarin Wok Nordin.

Mahkamah menolak rayuan Najib dengan kos RM12,000.

Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 November 2022 yang membatalkan samannya terhadap Thomas.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah memfailkan saman tersebut pada 22 Oktober 2021 yang mendakwa Thomas menyalahgunakan kuasanya apabila mendakwa beliau berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (IMDB).

Ravinthran juga berkata Mahkamah Tinggi telah mendapati bahawa Thomas mempunyai kekebalan dan tindakan beliau tidak boleh diadili.

"Berhubung isu kekebalan dan kebolehadilan, kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan kekebalan kepada Peguam Negara berhubung saman sivil yang difailkan terhadapnya secara peribadi.

"Kes yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi tidak terpakai kerana terdapat kes jenayah yang menyaksikan budi bicara Peguam Negara telah dicabar," katanya.

Menerusi saman itu, Najib mendakwa Thomas telah bertindak secara berniat jahat apabila memfailkan pertuduhan terhadap beliau berkaitan kes 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Pertuduhan itu termasuk salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan beberapa pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Antara lain, Najib memohon deklarasi mahkamah bahawa Thomas telah melakukan tort salah laku dalam jawatan awam.

Thomas berkhidmat sebagai Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020.

Najib juga menuntut ganti rugi khas RM1.9 juta yang merangkumi kos yang ditanggung bagi melantik pasukan audit untuk menyemak dokumen serta menyediakan pembelaan bagi prosiding jenayah.

Najib diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala peguam Alan Adrian Gomez mewakili Thomas. 

Ketika ditemui selepas prosiding itu, Firoz Hussein berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Najib sama ada untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad