web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangka Manusia Separa Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2026 7:40PM

Zaidi Mat Zin - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis menemukan rangka manusia separa reput di persisir Pantai Lagenda, Kuala Pahang di Pekan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan rangka itu kira-kira 10 pagi daripada penduduk kampung kawasan terbabit, sebelum pasukan siasatan digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kawasan kejadian jarang dikunjungi orang ramai dan hasil pemeriksaan awal di lokasi serta ke atas rangka berkenaan tidak menemukan sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada butiran identiti ditemukan kecuali tatu di bahagian belakang pinggul yang menjadi satu-satunya petunjuk.

Zaidi berkata rangka berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan kira-kira 11 pagi untuk tindakan lanjut, namun proses bedah siasat tidak dapat dijalankan kerana hanya tinggal rangka.

"Pengambilan sampel DNA perlu dilakukan oleh pakar tulang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Pihak Hospital Pekan akan berhubung dengan HTAA bagi pengesahan tarikh bedah siasat dan memaklumkan perkembangan lanjut kepada pihak polis," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan itu diminta tampil membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad