web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beranak Rentung: Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Dan Adik Angkat

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2025 5:36PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah pada 10 Disember lepas.

Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Hayani Yaakob, 51, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah rumah di Taman Teluk Air Tawar, di sini pada 9.45 pagi, 10 Disember.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Balqis Roslin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat kedua-dua mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Idayu Yusoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 23 Disember, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Telok Air Tawar, Butterworth kira-kira dua minggu lepas, dipercayai dilakukan oleh anak lelaki mangsa.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia lingkungan 50-an dan anak angkat perempuannya rentung selepas terperangkap di dalam rumah itu, manakala tertuduh cedera dihempap struktur bumbung yang runtuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad