web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Dana Disalah Guna, Marhamah Hanya Gerakkan Kempen ‘Justice For Zara’

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2025 4:23PM

Marhamah Rosli - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli menegaskan tiada dana yang disalah guna dalam pengurusan akaun Tabung Justice for Zara bagi menampung kos proses inkues.

Selaku aktivis yang memulakan gerakan Justice for Zara, beliau berkata akaun tabung tersebut diasingkan sepenuhnya dan tidak bercampur dengan akaun lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah dipengerusikan beliau.

Sebaliknya, tabung itu mempunyai penama tersendiri yang melibatkan ibu Zara Qairina Mahathir, beberapa peguam, serta jawatankuasa NGO.

Katanya setakat 9 pagi hari ini, jumlah kutipan tabung berkenaan adalah RM254,995.92 dengan baki RM96,059.97 selepas mengambil kira perbelanjaan, termasuk kos pengangkutan dan penginapan saksi pakar serta keluarga Zara Qairina sepanjang persiapan dan perjalanan inkues.

“...Sepanjang proses inkues ini kami melibatkan beberapa saksi pakar, jadi kos pengangkutan dan penginapan mereka menggunakan tabung ini. Begitu juga kos pengangkutan dan penginapan keluarga Zara Qairina untuk menghadiri mesyuarat dan persiapan inkues turut ditanggung menggunakan tabung ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini.

Menurut Marhamah, kutipan dana itu telah mendapat permit daripada Jabatan Ketua Menteri dan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, selain laporan lengkap sehingga November 2025 telah disediakan.

"Kami memang bersedia untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa (untuk diaudit)," katanya, sambil menambah baki dana sedia ada dijangka tidak mencukupi memandangkan proses inkues masih berjalan.

Sebelum ini, Marhamah antara individu terawal membantu memberi sokongan kepada Noraidah selepas anaknya, Zara Qairina, yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Papar, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Zara Qairina yang juga pelajar Tingkatan Satu sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah tersebut.

Mengulas pendiriannya berhubung tuntutan keadilan kes Zara Qairina, Marhamah menegaskan keperluan untuk semua pihak memberi ruang kepada proses inkues yang sedang berjalan dan pada masa sama, beliau menyatakan sokongan berterusan terhadap keluarga pelajar berkenaan meskipun kini memegang jawatan dalam kerajaan.

"Saya sebagai seorang ibu kepada enam anak dan juga ahli masyarakat, sentiasa ingin berjuang dalam apa sahaja soal penindasan. Bukan hanya dalam kes Justice for Zara, tetapi juga perkara lain," katanya.

Mengenai dakwaan beliau terlibat dengan penipuan melibatkan emas yang tular di media sosial, Marhamah menafikan perkara itu. 

Beliau sebaliknya memaklumkan bahawa dirinya turut menjadi mangsa penipuan serta dikhianati dalam kes berkenaan.

"Saya bukan ejen. Setiap kali dipanggil, kami membuat laporan dan saya sentiasa memberi kerjasama penuh," kata aktivis dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad