web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lagi Suspek Kes Tembak Di Jalan Rasah-Mambau Direman

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2025 6:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis mengesahkan dua lagi lelaki direman, menjadikan jumlah keseluruhan lima suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang lelaki maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson pada 10 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata kedua-dua suspek berusia 30-an itu ditahan di Bagan Serai, Pulau Pinang semalam kini direman selama lima hari bermula bagi membantu melengkapkan siasatan.

"Tiga suspek ditahan sebelum ini, reman mereka disambung sehingga 19 Disember. Setakat ini, kami menahan lima lelaki dan merampas satu senjata api jenis semi-auto.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada Khamis ini sebelum diserahkan ke Pejabat Pendakwaan Negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal dalam kejadian di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini manakala seorang lagi lelaki berusia 47 tahun masih menerima rawatan.

Azahar berkata mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan stabil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad