web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Rasmi Ke Kenya: PM Diberi Sambutan Rasmi, Tembakan Meriam 19 Das

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2025 6:13PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NAIROBI (Kenya) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi dengan 19 das tembakan meriam di Istana Negara Kenya, iaitu kediaman rasmi Presiden Kenya William Samoei Ruto.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Ruto dan diperkenalkan kepada Ketua Komander Tentera Kenya Leftenan Jeneral David Ketter, Mejar Jeneral (Tentera Laut) Paul Owuor Otieno, dan Mejar Jeneral (Tentera Udara) Bernand Waliaula.

Upacara dimulakan dengan lagu kebangsaan Malaysia Negaraku dimainkan, diikuti dengan lagu kebangsaan Kenya.

Hadir sama ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa.

Susulan upacara itu, Perdana Menteri menandatangani buku tetamu Istana Negara, sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan pertemuan dua hala.

Kenya, yang terletak di Afrika Timur, bersempadan dengan Sudan Selatan di barat laut, Ethiopia di utara, Somalia di timur, Lautan Hindi di tenggara, Tanzania di barat daya, serta Tasik Victoria dan Uganda di bahagian barat.

Pada 2024, Kenya merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Afrika dengan jumlah perdagangan mencecah RM5.7 bilion, meningkat 1.2 peratus berbanding RM5.51 billion pada tahun sebelumnya.

Anwar dijadual berlepas dari Nairobi, Kenya ke Malaysia hari ini, menamatkan lawatan rasmi tiga negara ke bumi Afrika. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad