web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Edar Bunga Ganja RM8.67 Juta Tumpas, Suami Isteri Antara 8 Ditahan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2025 6:58PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan sindiket pengedaran bunga ganja bernilai RM8.67 juta selepas menahan lapan individu termasuk sepasang suami isteri dalam dua serbuan di Bukit Mertajam, antara 10 malam 4 Nov hingga 6 petang, 5 November lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dalam serbuan pertama di sebuah inap desa polis menahan lima lelaki rakyat tempatan serta seorang lelaki warga United Kingdom berketurunan Pakistan sebelum membuat tangkapan susulan ke atas seorang lelaki tempatan dan seorang wanita rakyat Thailand di tepi jalan kawasan sama.

Beliau berkata pemeriksaan di inap desa itu, menemukan 17 bagasi mengandungi bungkusan disyaki dadah jenis bunga ganja dianggarkan seberat 47.7 kilogram (kg).

"Sindiket dipercayai membawa masuk dadah berkenaan melalui jalan darat dari negara yang bersempadan dengan satu negeri di Pantai Timur dan dipercayai menjadikan inap desa itu sebagai lokasi penyimpanan dan pembungkusan semula.

"Berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan Pulau Pinang dijadikan transit sebelum dadah berkenaan dibawa keluar untuk pasaran pasaran luar negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Azizee berkata semua suspek berusia antara 20 hingga 37 tahun itu berperanan sebagai transporter dengan lelaki tempatan dan isterinya warga Thailand turut menjadi dalang kepada sindiket terbabit serta mempunyai sebuah kedai makan di Negeri Sembilan.

Suspek lain bekerja sebagai beach boy, penghantar makanan manakala lelaki warga UK itu dipercayai menjadi keldai dadah dan mereka menerima bayaran antara RM9,000 hingga RM15,000 bagi setiap penghantaran.

"Berdasarkan siasatan sindiket ini baru aktif pertengahan Oktober lepas dan dipercayai kali pertama membawa masuk bekalan ke sini.

"Kesemua dadah itu turut dilabelkan dengan perisa bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya sambil menambah dadah itu boleh digunakan oleh 500,000 orang.

Dua kereta jenis Honda Civic dan Toyota Estima bernilai RM210,000 turut disita dengan jumlah rampasan dan sitaan ialah RM8.88 juta.

Beliau berkata kesemua suspek negatif dadah, namun empat daripada mereka didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Kesemua suspek direman tujuh hari hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar