web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2025 8:39PM

Gambar Johor Royal Press Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Yang di-PertuanAgong Sultan Ibrahim berangkat tiba di sini pada Isnin untuk memulakan lawatan negara empat hari ke Arab Saudi bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama demi kepentingan dan manfaat rakyat kedua-dua negara.

Kunjungan berkenaan ialah lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Rl'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 1984.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini dan mendarat di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid Riyadh pada 12.30 tengah hari (5.30 petang waktu Malaysia).

Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam lawatan ini ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, pesawat berasingan yang membawa Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj mendarat di lapangan terbang sama kira-kira 11.30 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh Putera Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz Al Saud, Datuk Bandar Riyadh Putera Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf dan Menteri Pelancongan Kerajaan Arab Saudi Ahmed Al Khateeb.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zain, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman.

Seri Paduka Baginda kemudian melintasi barisan kawalan kehormatan sebelum berangkat ke hotel penginapan di Riyadh.

Di hotel berkenaan, Yang di-Pertuan Agong disambut oleh petugas Kedutaan Malaysia bersama keluarga mereka.

 Semasa berada di Riyadh, Sultan Ibrahim dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Yamamah.

Menurut kenyataan Istana Negara, lawatan negara itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Arab Saudi untuk memperkukuh hubungan dua hala, di samping memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, geopolitik, pertahanan dan hal ehwal Islam.

Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 12 kunjungan berprofil tinggi telah diadakan antara Malaysia dan Arab Saudi.

Arab Saudi juga rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (AS$9.79 bilion).

Selain aspek ekonomi, hubungan erat kedua-dua negara turut terserlah dalam urusan ibadah haji dan umrah, dengan Seri Paduka Baginda bakal menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas layanan mesra dan penyelarasan istimewa yang diberikan kepada jemaah Malaysia saban tahun.

Lawatan negara ini adalah yang kelima dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim selepas Singapura, China, Brunei dan Rusia.

Selesai lawatan di Arab Saudi, Yang di-Pertuan Agong akan berangkat ke Bahrain pada 6 November atas persilaan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa bagi lawatan negara yang julung kali diadakan sejak hubungan diplomatik Malaysia-Bahrain terjalin pada 1974. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar