web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beranak Maut, 3 Cedera Nahas Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2025 11:56AM

Gambar Polis Kluang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang ibu dan anak lelakinya maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, berhampiran Simpang Renggam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku kira-kira 5.30 petang melibatkan kereta jenis Perodua Kancil, van kilang jenis Mazda, dan pacuan empat roda (4x4) Toyota Hilux.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita berusia 51 tahun bersama dua anak lelakinya berusia 15 dan sembilan tahun dalam perjalanan dari Simpang Renggam menuju ke Kampung Bukit Kenangan sebelum berhenti untuk membelok ke simpang kanan.

"Van kilang yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah sama dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan.

"Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil terbabas ke laluan bertentangan sebelum dilanggar Toyota Hilux yang dipandu lelaki tempatan berusia 62 tahun. Van itu turut melanggar kenderaan 4x4 tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata pemandu Perodua Kancil dan penumpang hadapan, iaitu anak lelakinya berusia 15 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala penumpang belakang berusia sembilan tahun cedera parah di kepala dan kaki kiri.

Beliau berkata pemandu van kilang mengalami kecederaan di muka, dada dan kaki kanan, manakala pemandu kenderaan 4x4 hanya cedera ringan di badan dan tangan kanan.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Rulijah Ahmad, 51, dan Salam Norazli, 15.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di tempat kejadian.

"Seorang lagi penumpang kereta Perodua Kancil, iaitu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, Osama Norazli, mengalami kecederaan.

"Pemandu van kilang, B. Chandran, 53, turut cedera, manakala pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki dewasa, telah dibawa orang awam ke klinik berhampiran sebelum pasukan penyelamat tiba," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad