web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Kerajaan Perak Aktifkan JPBN, Gerakkan Aset Ke Kawasan Terjejas

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2025 11:51AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Perak telah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mulai malam tadi susulan situasi banjir yang memburuk di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata susulan itu, semua jabatan dan agensi keselamatan negeri telah digerakkan ke kawasan terjejas bagi mempercepat operasi pemindahan dan kerja menyelamat bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.

"Setakat ini, sejumlah 74 aset dan kenderaan pelbagai agensi telah digerakkan ke kawasan terjejas, terdiri daripada 16 bot penyelamat, 25 lori pelbagai saiz dan lapan ambulans.

"Selain itu, turut digerakkan 12 kenderaan pacuan empat roda (4WD), 13 khemah (Collapsible Tent atau C-tent) dan pelbagai peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dan lampu sorot mudah alih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saarani berkata tambahan aset kenderaan juga telah digerakkan ke semua lokasi berisiko bagi memastikan operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan segera, tersusun dan menyeluruh.

Beliau berkata pada masa yang sama, pejabat-pejabat daerah bersempadan seperti Kerian, Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak turut digembleng bagi membantu menyediakan aset dan kelengkapan logistik, termasuk di pusat-pusat pemindahan sementara (PPS).

Saarani berkata kerajaan negeri menasihati semua penduduk di kawasan terlibat agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, serta tidak melakukan aktiviti berhampiran sungai, tali air atau alur limpah sepanjang tempoh hujan berterusan ini.

"JPBN bersama semua agensi berkaitan akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

"Aset logistik tambahan telah ditempatkan di lokasi strategik, manakala penghantaran bekalan keperluan asas dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan setiap PPS mendapat bantuan yang mencukupi dan tepat pada masanya," katanya.

Setakat 8 pagi tadi, sebanyak 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 PPS di daerah LMS serta Manjung apabila hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air.

Antara kawasan terjejas di LMS ialah Kampung Sungai Baru, Kampung Salak Baru, Kampung Sungai Lubok, Kampung Masjid, Taman Kota Wira, Taman Kemunting Tiara, Taman Lara Aman, Taman Lara Damai dan Kampung Changkat Larah, Taman Kaya dan Taman Damai.

Di Manjung pula, kawasan terjejas antaranya ialah Kampung Nelayan, Kampung Sungai Batu, Taman Pantai Wang, Kampung Lorong Masjid, Taman Anggerik dan Kampung Pulau Kabung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad