web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gunakan Deepavali Untuk Semai Perpaduan, Santuni Yang Memerlukan - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2025 2:32PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Deepavali harus digunakan untuk menyemai perpaduan dan menyantuni mereka yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perayaan ini juga harus dijadikan batu loncatan untuk memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

“Deepavali tiba dengan penuh keceriaan, membawa bersama semangat Pesta Cahaya, lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan, serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, rakyat Malaysia sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, perlu memupuk semangat saling menghormati serta memperkukuh persefahaman antara satu sama lain. 

“Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu. Deepavali Nal Vazhtugal!!” katanya.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Deepavali atau Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini dengan penganut agama Hindu membanjiri kuil seawal pagi bagi melaksanakan upacara keagamaan dan memanjatkan doa kesejahteraan.

Suasana perayaan turut diserikan dengan kediaman yang dihiasi kolam berwarna-warni, nyalaan pelita serta kunjungan sanak saudara dan sahabat handai daripada pelbagai kaum, sekali gus menzahirkan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk di

Malaysia.

Tinjauan di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini mendapati ribuan penganut Hindu membanjiri kuil berkenaan seawal 6 pagi bagi menunaikan upacara keagamaan dengan membawa persembahan seperti buah-buahan dan bunga kepada dewa-dewi sebagai tanda kesyukuran. - Getaran, 20 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad