web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Melaka Siasat 4WD Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2025 2:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung sebuah kenderaan pacuan empat roda didakwa menampal pelekat tulisan Hebrew di belakang kenderaan itu yang membawa maksud 'Malaysia adalah Rumah Kita' atau 'Malaysia di Tangan Kami.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka pada 3.32 petang semalam, selepas melihat sebuah video berkaitan tindakan itu di media sosial Thread.

Beliau berkata video berdurasi 14 saat yang tular semalam di media sosial mengundang pelbagai reaksi termasuk kebimbangan dan kemarahan orang ramai terhadap maksud pelekat berkenaan.

"Berdasarkan semakan dijalankan, kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 504(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan telus demi memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penyebaran video tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad