web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


662 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Pulau Indah

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2025 2:16PM

Antara warga asing yang ditahan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seramai 662 warga asing yang menghuni premis perumahan di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen (JIM) Selangor, lewat malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 1,132 warga asing yang diperiksa dalam operasi bermula pada 9.30 malam.

Beliau berkata daripada jumlah itu, warga Bangladesh paling ramai ditahan iaitu 545 orang diikuti Myanmar (36), Pakistan (35), Nepal (24), India (10) dan Indonesia (sembilan orang) kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Rata-rata yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa, Seksyen 6(1) (C) akta sama kerana tidak memiliki pas atau dokumen sah dan melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua tahanan berusia antara 16 hingga 80 tahun ini dibawa ke Ibu Pejabat JIM Selangor untuk semakan lanjut sebelum dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih," katanya dalam sidang media sejurus operasi berakhir.

Khairrul Aminus juga berkata operasi sedemikian dilaksana secara berterusan bagi mengesan, menangkap dan mengusir mana-mana warga asing yang melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata operasi itu turut menggempur sebuah kediaman di tingkat tiga di kawasan sama yang disyaki dijadikan lokasi menjalankan aktiviti persundalan membabitkan warga asing.

Khairrul Aminus berkata premis itu, yang dilengkapi kamera litar tertutup, bagaimanapun didapati kosong dan dipercayai mereka yang terlibat telah menghidu kehadiran pihak penguat kuasa. 

Terdahulu, operasi bersepadu itu turut disertai JIM Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan selain Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman dan Batalion 19 Pasukan Gerakan Am.

Turut terlibat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, MBDK turut memeriksa premis perniagaan dan mengenakan tindakan sitaan terhadap lapan kedai runcit serta restoran.

Sitaan itu melibatkan dua premis di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan, Trea, Perniagaan dan Perindustrian, empat di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan dikuti dua lagi premis melibatkan Seksyen 46(1) (d) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana menghalang laluan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

2 minggu yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad