web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Diberi Sambutan Rasmi Penuh Istiadat Di Istana Presiden Timor-Leste

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2025 6:06PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DILI (Timor-Leste) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan penuh istiadat di Istana Presiden di sini petang ini sekali gus menandakan bermulanya sesi rasmi pada hari pertama lawatan bersejarah beliau ke Timor-Leste selama dua hari.

Majlis itu, yang diketuai Presiden Dr José Ramos-Horta pada 4.10 petang waktu tempatan, menyaksikan lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang diikuti tembakan meriam sebanyak 19 das.

Anwar kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan dan menandantangani Buku Pelawat sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Ramos-Horta.

Kedua-dua pemimpin kemudian bertemu media dalam sidang akhbar bersama.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Anwar juga dijadual menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis sebelum menyertai Majlis Temu Mesra MADANI dengan diaspora Malaysia serta alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia di sebuah hotel di sini.

Program hari ini akan diakhiri dengan jamuan makan malam rasmi di Dewan Serbaguna GMN yang dihoskan bersama oleh Ramos-Horta dan Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad