web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh, Anak Kandung Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2025 9:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas ditemukan maut di ruang tamu rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini awal pagi tadi, dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Ridzuan Khalid berkata, mangsa yang berusia 62 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang, mengalami kecederaan parah di muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 3.01 pagi.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 24 tahun dan suspek yang juga penganggur direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati berkenaan isu harta keluarga dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) untuk bedah siasat.

Ridzuan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050 / 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad